Selamat datang tahun 2013, selamat datang usia 22..
Sayonara 2012..selamat tinggal dunia remaja..
Aku tidak pernah terfikir, terdetik atau terbayang ini pengakhiran bagiku. Rasanya baru semalam keputusan SPM diumumkan, dan aku mula menanam cita-cita menggunung. Aku mula berani untuk bermimpi. Namun mimpi hanya tinggal mimpi. ku lupakan impian demi cintaku pada keluarga. Takdirku telah tersurat!..(tuu laa malas sangat...:P)
Mungkin ini yang terbaik buatku!
Kini, 4 tahun telah berlalu..aku ternyata bukan Syaliza yang dulu. Sebuah tranformasi diri sudah berlaku.
Aku merentas masa, jauh meninggalkan zaman remaja. Cuba bangun dari kegagalan masa silam, menyulam kembali impian dan cita-cita yang baru bertepatan dengan keadaanku sekarang. 3 tahun aku dilatih menjadi seorang jururawat profesional dan berdedikasi. 3 tahun aku berperang dengan diri-sendiri antara minat dan kerjaya ku sekarang.
3 tahun...hmmm..(lau bercinta ni leh putus daa)
3 tahun...hmmm..(lau bercinta ni leh putus daa)
"kije jururawat ini kije yang mulia"~(kate org laa..)..
"kije Jururawat ni besar pahala tolong orang.."~(kate mereka lagi..)
"takpe result tak elok pun..boleh jadi nurse.."~(diaorang yg kate.)
"alaa nurse je pun, berlagak, gedik, kije tak reti buat.."~(tak tau laa sape yg kate nie.) :p
Dulu, itulah pandangan segelintir masyarakat terhadap kerjaya jururawat. Sekarang kerjaya inilah yang menjadi pilihan sebagai alternatif baru untuk menyelamatkan diri dari tersenarai dalam "list penganggur".
Aku juga adelah orang yang mengambil alternatif ini. Impaknya, 3 tahun aku ibarat hilang arah tuju.
Belajar tanpa minat, berpraktikal tanpa keikhlasan!
Tapi siapa tahu, dalam sikap aku begini..Allah masih memberiku nikmat yang tak terhingga..
berkat keluarga dan izinNya aku sentiasa cemerlang dalam setiap peperiksaan disana. Sehingga meletakkanku dalam senarai terbaik kolej.
Ya Allah..rupa-rupanya 3 tahun ini aku menjadi insan tidak bersyukur kepadaMu..
Ampunkan aku ya Allah,,
Tidak ku sedari..ucapan terima kasih dari pesakit begitu besar maknanya buat seorang jururawat!
tidak ku sedari..senyuman yang ku beri membuatkan hati pesakitku sembuh..
tidak ku sedari..sentuhanku memberi seribu kelegaan buat mereka..
Ya tanpa ku sedari aku mula memandang kerjaya ini dari sudut berbeza..
Alhamdulillah..Allah permudahkan perjalananku..
3 tahun inilah tempoh yang telah menjadikan ku seorang manusia yang lebih baik!
3 tahun inilah yang menyedarkan betapa jahilnya aku disisiMu..dengan bimbingan rakan-rakan aku semakin dekat denganMu..Keluarga aku juga lega kerana peluang kerja yang menanti.
dan aku masih menanam cita-cita. Suatu saat nanti aku juga ingin mengenggam segulung ijazah bersama-sama abah.
terima kasih Ya Allah kerana telah memberiku rakan-rakan yang mencintaiMu..
terima kasih ya Allah kerana telah membuka jalan buatku..
Ya ini pengakhiran buatku, dan ini juga permulaan untukku..InsyaAllah, generasi jururawat yang beretika, profesional,dan berilmu akan lahir kelak..Moga-moga aku adalah salah seorang daripadanya.
*jangan halang aku untuk terus bermimpi!









