Saturday, November 20, 2010

Aku DipentAs duNiaWi...

sekarang usiaku sudah mencecah 19 tahun..
sepanjang tempoh usiaku..bnyak perkara yang telah aku alami dan saksikan...
sehingga pernah terdetik di hati kecilku..aku tidah mahu menjadi dewasa..kerana dunia dewasa begitu berbeza..begitu mencabar...namun ku gagahkan langkah ku dan berjalan meninggalkan zaman remaja yang amat menduga darah muda ku..kalau boleh aku tidak ingin menoleh kebelakang lagi..zaman remaja bagiku merupakan suatu zaman yang amat kritikal..zaman dimana kami mencari identiti diri,kami berani melakukan segalanya,kami meneroka segala persoalan diminda..dan di saat kritikal ini jika tersalah langkah binasalah masa depan kami...
Dipentas duniawi ini aku menyaksikan betapa besarnya kesan setiap keputusan yang kita buat terhadap mase depan kita sendiri...
kisah bermula....
pertama kali aku mula menjengah alam persekolahan menengah rendah..aku berkawan dengan anak-anak yang datang dari pelbagai latar belakang yg berbeza..salah seorang temanku berpindah ke sekolah di Kuala Lumpur dan tinggal dengan bapanya disana..selepas 4 tahun menyepi,dia muncul dihadapan pintu rumahku..
aku sudah tidak mengenalinya lagi..dia berbaju hitam,berambut perang,mata bercelak hitam..dia rupanya kawan baikku dulu...dia mempunyai masalah keluarga..kerana kasihan aku tumpangkan dia dirumahku..
sepanjang tempoh itu, pelbagai kisah diceritakan kepadaku..bagaimana kehidupan dia di KL..ditunjukkan kepadaku resit-resit bir,champange dan segala yang memabukkan..aku cuma terdiam..ternyata kawanku telah terpesong jauh..aku mula menjaganya di rumah,setiap kali dia ingin merokok,,aku benarkan tapi cuma 1 btg sehari..aku melihat dia bagaikan nak gila apabila tidak dapat menghisap rokok..aku sembunyikan perkara ini dari abah..aku tau abah pasti marah..suatu hari, ibunya datang ke rumah memujuk dia pulang..dia mengikut ibunya pulang..beberapa hari kemudian ibunya datang ke rumah meminta kami menumpangkan dia sementara kerana abang longnya ingin memukul dia...keesokannya dia nekad untuk lari mengikut kekasihnya ke pulau pinang..aku tidak mampu menghalang kerana dia memang nekad..aku lepaskan dia pergi dan berharap dia selamat walau dimana sahaja dia berada...hidupku kembali seperti biasa dan aku masih aku...cuma otakku agak sedikit berkembang dari dulu..sampai sekarang aku tidak pernah menemuinya lagi..tapi ada khabar angin yang sampai menyatakan dia sudah lama pulang ke Besut dan suatu hari dia ditangkap di sebuah bilik bersama dua lelaki di bawah pengaruh pil kuda..ada juga khabar angin menyatakan dia mengandung dan telah berkhawin dengan lelaki yang bersamanya...Wallahu'alam..
kisah kedua...berlaku selepas aku menduduki spm..rakan ku telah bekerja di sebuah restoran dan telah jatuh cinta dengan pekerja restoran tersebut..dek kerana terlaku ikutkan jiwa muda dia mengambil keputusan untuk berkhawin walau tanpa restu ayah dan ibu..sehari sebelum kejadian besar yang megubah hidupnya,,dia datang kerumahku dan meletakkan aku dalam dilema..apa yang harus aku lakukan sebagai seorang kawan aku patut berada di pihak yang mana..aku cuba menasihatinya namun tiada yang didengari..keesokkannya dia menghilangkan diri..kecoh..memang kecoh satu family..ibunya menangis..dia menghantar mesej kepadaku memohon maaf..dan menyatakan segalanya telah selesai dan mereka adalah suami isteri yg sah..aku hanya mendoakan semoga dia bahagia..selepas result keluar aku pergi kerumah ibunya untuk mengambil sijil2 dan dokumen yang perlu bagi memohon kemasukan ke IPTA tanpa pengetahuannya...selepas beberapa bulan dia kembali kepada keluarganya dan keluarganya menerima suaminya dengan hati terbuka..alhamdulillah..dan dia juga telah berjaya mendapat tempat untuk melanjutkan pelajarannya..aku tumpang gembira...
kisah ketiga...dia merupakan rakan ku sejak kecil..sifatnya bagai tomboi kerana dia hanya mempunyai abang..dia selalu buli aku..aku benci dia..tapi lame-lame aku sudah biasa dengan sifat kasarnya..dia sebenarnya berjiwa sensitif..dia tinggal dengan ibunya sejak ibubapnya berpisah..dan dia amat merindukan kasih seorang ayah..kerana itu dia pernah terjebak dengan cinta duniawi..bercinta dengan seorang guru lelaki yang sudah beristeri..hal ini akhirnya terbongkar dan ibunya mula memberi perhatian yang khusus kepadanya..
aku tidak pernah melihat ibu setabah ibunya..kemudian sekali lagi dia tersalah langkah dalam memilih kawan...dia mula bergaduh dan melepak bersama rakan-rakan yang dia anggap sejati..akhirnya dia menghilangkan diri bersama rakannya..sekali lagi rumah ku menjadi tempat perhimpunan ibubapa-ibubapa..
kes nya dia cuma mengikut kawannya keluar berjumpe pakwe kawan dia..kawan dia takut nak balik ke rumah dan dia pun temankan kawannya...beberapa hari kemudian mereka pulang ke pangkuan keluarga...
ibunya amat gembira,dan bersedia memaafkannya..begitu juga keluarga temannya..ibubapa mereka mula memberi perhatian yang lebih kepada anak-anak mereka..alhamdulillah..
kisah ke 4..berkisar teman kakakku yang juga terlanjur sehingga ke tahap menggugurkan kandungan..namun jodoh mereka kuat..dia berkhawin dengan lelaki yang dicintainya itu dan sampai sekarang mereka gagal mendapatkan anak..tapi hidupnya bahagia,,moga2 Allah memberikan mereka cahaya mata yang soleh solehah..
kalau nak ku ceritakan takkan berakhir kisah yang penah ku saksikan..kerana aku masih sedang berjalan dan terus berjalan..
aku juga tergelincir seketika semasa jatuh cinta,,nasib baik Allah masih menyanyangiku..aku juga tertanya-tanya mengapa terlalu banyak benda yang Allah tunjukkan kepada ku..rupa-rupanya ini lah jalan jalan kehidupan dan pilihan yang kita buat sepanjang perjalanan kita di pentas duniawi ini..
jika baik pilihan kita maka baiklah keputusannya..sesungguhnya kita tidak berhak menyalahkan mereka dan diri kita andai tersalah langkah..kerana manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan..dan manusia yang baik adalah manusia yang belajar daripada kesilapan yang lalu..jangan salahkan ibubapa yang tidak mendidik anak-anak dengan baik..jangan salahkan anak-anak yang berasal dari keluarga yang tidak sesempurna keluarga lain..kerana kita tetap sama-sama manusia..sama-sama hamba Allah yang Allah berikan peluang hidup dan tujuan utama kita ditempatkan di sini adalah untuk mencari keredhaanNya di pentas duniawi~

kEmbaLiKaN ku kepaDa yanG Asal....

aku sesat...aku buntu bila memikirkan soal hati yg sukar ku ungkapkan..soal hati yang tak penah selesai...
soal hati yang tiada penghujungnya...
tatkala insan-insan lain asyik diulik cinta..aku..aku masih tercari-cari cinta sejati yang ku fikirkan bakal membahagiakan ku..
siapa sebenarnya insan yang ku damba??
siapa?
adakah dia,,,senior yang aku admire sejak form1 atau lelaki2 lain? perasaannya tidak sama..
aku buntu..aku keliru..jujur daku nyatakan aku benci berada dalam situasi begini..
jujur ku jelaskan aku terasa amatlah sunyi..ya Tuhan kembalikan lah daku kepada yang asal..
kuatkanlaa hati dan jiwaku..hanya kepadaMu daku berserah..