Sunday, July 29, 2012

TaubaT ku~

Dulu..
aku adalah seorang remaja..
yang membesar tanpa mengenali dan menyintaiMu..
hanya mengalas nama seorang islam..
tanpa mengenali erti islam..

hari berganti hari..
bulan berganti bulan..
tahun berganti tahun..
aku hidup tanpa tujuan..
yang aku tahu..
aku perlu belajar untuk berjaya..
aku perlu masuk universiti terkemuka..
aku perlu bekerjaya!

setiap kejayaan dikecapi..
tidak pernah diriku diselubungi rasa bersyukur dengan nikmat kurniaan-Nya..
tidak pernah aku sujud syukur kepada-Nya...

kini aku mencecah usia dewasa..
ku rasakan jiwa ku kosong..
naluri ku membuak-buak..
jiwa ku tidak tenang..
masih ada yang belum ku selesaikan..
hari-hari ku lalui terasa cepat berlalu..
tetapi tiada pengisiannya..

aku mula memikirkan masa matiku..
aku mula mengingati masa silamku..
jika dulu aku jahil tentang Mu..
kini aku sedar..
hidupku hanya untuk-Mu..
sujudku ikhlas memohon keampunan Mu..

jika dulu aku bergelumang dengan maksiat..
kini aku sedaya upaya menghindarinya..
demi cintaku pada-Mu..
jika dulu sukar bagiku membaca kalam Mu..
kini itulah yang terbit dari bibirku..
itulah kalam yang ingin aku pelajari dan fahami maksudnya..
jika dulu aku memandang dunia dengan pandangan kemegahan..
kini aku tunduk mengenali kelemahan diri..
menyedari betapa kerdilnya aku disisiMu..

dengan linangan airmata,,
ku memohon taubat dari Mu,,
ya Allah..ampunilah segala dosa-dosaku..
 
Tiada Tuhan Melainkan Allah
 Muhammad Itu Pesuruh Allah..

ya Allah...
 
 Tunjukilah kami jalan yang lurus.  

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ 

"Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"
  
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ