bunyi tajuk cam thriller jer kan..tapi sebenarnya intipatinya sentimental~
bayangan itu adalah diriku sendiri..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
4 tahun sudah berlalu~
hari demi hari berlalu dengan pantas..
seperti itu juga benak fikiranku tidak henti-henti diterjah oleh kenangan silam..
mendalami setiap perkara yang telah terjadi dan merungkai hikmah disebalik setiap perkara yang berlaku keatas diriku..
hari demi hari hati ku bertambah kuat, bertambah keras..
dan baru ku sedari rupanya masa sudah jauh meninggalkan ku..dan begitu juga dia..
hanya kenangan yang sempat ku simpan buat pengubat dikala rindu~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
hari ini..hadir seorang lelaki baik budi bahasanya,tutur katanya sopan dan paling penting dia mengaku dalam diam menyukaiku sejak 2 tahun yang lalu..
namun..
mengapakah hatiku tidak bergetar mendengar bait ayat-ayat cinta yang disampaikan..
hatiku tidak sedikitpun terpanggil untuk menerima cintanya..
aku tahu keputusanku ini membunuh hatinya,menghancurkan impiannya..
tapi apakan daya..hatiku jua bukan milikku sepenuhnya..
aku sendiri tidak mengetahui kehendak hatiku..
aku sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi..
hari esok, dan hari seterusnya..
aku sendiri tidak pasti adakah aku akan jatuh cinta lagi..
kerana aku sendiri sudah mula lupa bagaimana rasanya menyintai..
inikan pula untuk menyintai lelaki..
maafkan aku jika kamu menjadi mangsa dalam aku berusaha meninggalkan masa silam..
maafkan aku 'masa silam' kerana masih belum mampu melupakan mu..
ini bukan alasan untuk aku menolak cinta yang datang tapi inilah penyebab aku memilih untuk bersendirian..
walaupun sukar sekali hidup begini..
tiada tempat untukku mengadu
tiada tempat untukku mencurahkan kasih dan sayang..
namun aku yakin akan kuasa Tuhan..
kerana Dia Maha Mengetahui..
"Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari
kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan
sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan
tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan
diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun
yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya
Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Penegtahuannya." (Surah
Luqman: 34)
didalam usahaku meninggalkan kenangan silam..
aku terasa lebih dekat denganNya.
jiwaku bergetar tatkala ku berdoa kepadaNya..
moga-moga dengan belajar menyintaiNya..
hatiku akan berasa tenang..
dan dapat melepaskan mu wahai 'masa silam'..
jauh dilubuk hati..aku tetap membiarkan tempat itu kosong..
dan berharap semoga aku akan menemui penganti yang akan membimbingku meredahi masa hadapan
dan meninggalkan 'masa silam'..Amin...
namun begitu aku bersyukur diberi kesempatan menemuimu di waktu silam...
terima kasih..semoga Allah memberkatimu wahai 'masa silam'...




