Tuesday, June 29, 2010

AbAh

jam menunjukkan 12.01am
aku rase tak sedap aty, abah mungkin masih dalam perjalanan pulang ke besut..
aku risaukan keselamatan dia.
ya Allah hanya Engkau yg tau isi hatiku,
aku amat menyintai abah,dialah yg menjaga aku dari kecil hingga aku tumbuh menjadi anak gadis yg dewasa.
sy masih kecil...
bukan mudah menjaga anak gadis berusia 19 tahun,,
aku faham kesusahan abah,tapi aku kerap kali menduga kewibawaan seorang bapa tunggal,,
tapi hari ini berbeza,,aku amat merinduinya,,memandang dia memandu meninggalkan ku di sini membuatkan aku merasa sebak!
kesihatan abah tidak mengizinkan.dia menghidapi penyakit gastrik,usianya sudah menjangkau 62 tahun.
Sebelum dia menghantar aku ke kolej dia sudah bersiap sedia dengan ubatnya,
dia menahan panas terik mentari demi menghantar aku,anak bongsunya belajar.
sepanjang perjalanan akulah teman dia berbual,akulah yg akan mengupas kulit ape sahaja buah-buahan yg dibawanya,jika aku tertido abah akan segera memasang kaset lagu klasik sebagai peneman perjalanannya,,
jika tiba di tasik banding,yg merupakan tasik kesukaan ku,abah akan mengejutkan aku..
abah faham bahawa anak bongsunya ini amat menyukai keindahan alam semulajadi.....

"abah cuma ade ja"

renungaan abah..
itulah kata2 yg terpacul keluar dari mulut abah tatkala kakakku bertekad melawan abah kerana lelaki yg ingin dikhawininya..
saat itu aku masih di matrik,tawaran spa untuk kursus diploma kejururawatan tiba dirumah beberapa hari sebelum aku mendapat berita kakakku berkhawin..
"abah ja nak habiskan matrik dulu"
mendengar kata2 ku abah ku faham,dan dia sentiasa menyokong keputusan aku.
abah langsung tidak memberitahu masalah yg dihadapinya di kampung,kerana takut mengganggu emosi dan pelajaran aku. Akhirnya,kakak sulongku menelifon dan memberitahu kesulitan abah,baru seminggu motosikal honda wave abah dicuri di halaman rumah sewaktu abah keluar berkerja sekarang kakak ke2 ku yg tidak habis2 dengan cinta hatinya menambah kekusutan abah..
kakak sulong mula memujuk aku untuk menerima tawaran spa, melalui kak long aku dapat melihat mase depan yg terbentang luas, aku dapat membayangkan keputusan ku akan membuat abah tersenyum kelak.

kata umie,"abah oyak kat mie yg abah syg ja tinggal matrik,abah nak ja masuk U, abah cuma ada ja..harapan dia"
ya Allah,,aku buntu, di matrik aku yakin aku boleh mendapat pointer yg baik tapi bolehkah aku membantu abah kelak?
aku buntu,,aku berjumpa dengan pensyarah aku yg merupakan guru biology yg paling rapat dengan ku..
 "berkat ibubapa tuh penting syaliza,jika awk trima spa,abah awk pasti lega sebab dia tahu anak dia ada mase depan,dia boleh pergi dengan tenang..mmg hasrat ibubapa nak tengok anak masuk u, sy dulu pun diploma syaliza,tapi sy usaha, dan sy boleh lebih dari ijazah sekarang..awak pun sama jika awk nak berusaha.."
terima kasih cikgu Halijah,,
sekarang selepas 1 semester sy disini, abah boleh berlega hati...
berkat mulut2 yg berdoa,,sy berjaya mengatasi cabaran sem1 dengan jayanya..dan menjadi antara top student di sini...
abah begitu bangga,,tapi jelas di hatinya ingin melihat salah sorg anaknya memegang segulung ijazah..
dan akulah harapannya~

pengorbanan yg tak pernah habis
9 tahun merupakan satu tempoh yg lama bagi seorg lelaki hidup tanpa isteri yg menjaga perihal rumahtangga,
aku sering tertanya2 (macamner lar abah leh tak kawin sampai sekarang?)
rupa2nya akulah penyebabnya,,,
akulah penghibur hati abah,gelak tawaku,tangisku,rajukku,dan amukan ku itulah yg membuat abah mampu bertahan sebagai seorang bapa tunggal..
saat perpisahannya dengan umie,aku yg baru berusia 10taun mengintai dari balik pintu..kelihatan abah sedang menangis di atas sejadah!
yaAllah kau hilangkanlah duka abahku~
setiap kelakuan abah jadi tak menentu,dia seolah2 hilang kewarasan akibat tamparan itu..
dia pernah jatuh motor kerana hilang tumpuan di selekoh depan rumah kami (dihadapan mataku!!)..
aku melihat kehancuran sebuah masjid!
"apakah nasib aku selepas ini,andai saja aku bukan budak kecik dah lama aku lari,aku taknak tinggal dengan abah ataupun umi!" bisik hati kurang matured ku~

kekuatan abah menghadapi ujian Allah

ketika umie masih dalam edah, umie slalu menjengukku di rumah abah..
pada waktu malam aku akan menangis seorg diri kerana takut tidur berseorangan tanpa pelukan umi yg hangat..tanpa aku sedari titisan2 airmata mulai gugur~
abah masuk ke bilik tiba2..dia melihat titisan airmata mengalir dari mataku yg terpejam rapat(aku pura2 tido),,sejak itu abah menjaga aku penuh perhatian!
sewaktu hari raya,semua org bergembira,umie mengambil aku dan kakak ke2 ku beraya di rumah sanak saudara umie,kebetulan bapa saudara ku baru meninggal,malam itu aku bermimpi~(abahku sudah tiada!) MasyaAllah petanda apakah ini??,,
keesokkan paginya, aku memberitahu umie aku ingin pulang beraya dengan abah dan umie menelifon abah~
abah datang mengambilku dengan motosikal yamaha lama..

hari raya yang memilukan hati~
inilah pertama kali aku beraya berdua dengan abah,kak long dan abg ngah tidak dapat pulang kerana kerja..
cuma aku dan abah..
abah sedey tak sempat sediakan baju raya untukku, mujur ada jiran2 yg prihatin mengajak aku dan abah turut bersama2 membuat ketupat dakap untuk hari raya,,
hari raya ku yg pertama hanya dengan abah!
sementara sambutan hari raya di rumah sanak saudara umie meriah dan kakakku mendapat duit rayer yg banyak,,hmm aku,,der lah lam rm5~
kemudian abg ngah balik,raya ke 2 jadi makin terisi~
disusuli dengan kepulangan kak long..
tambah meriah..
dan raya tahun ini aku nak belikan baju tuk abah~
biar abah nampak segak gitu~ :-)

semuanya sudah berlalu~
tapi maknanya cukup besar,
yg telah mengajar aku erti pengorbanan seorg bapa..
umie pun dah sedar kesilapan dia dan berusaha bantu aku..
aku pun tak pernah benci umie,sebab umie pun hidup susah lepas berpisah ngan abah..
cuma baru sekarang hidupnya mewah~
alhamdullilah~
aku syg umie n abah sesangat..
doaku agar abah sempat melihat anak bongsunya berjaya,,dan hajat aku nak bawa abah pegi umrah ataupun haji..
tuu lah impian abah untuk menunaikan rukun islam ke5~
insyaAllah,,amin~
abah

menbaca di mana saja..

Wednesday, June 16, 2010

BuAt kitA yAnG bErgELaR HaWa.......

Wahai Hawa,
Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa ,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa ,Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

niE ciTeR duLu2 DaA.....


2004 cinta pertama yang sukar ku lupakan~
aku pikirkan aku lah perempuan plg naif dulu~
kouple aja blum penah,,
tapi dalam diam aku menyukai seorg lelaki~oopsy :p~

  "wajahnya 'babyface',tubuh nya rendah,kulitnya putih,& ske senyum~"

sejak form1 aku ske usha mamat nie~(just tengok dari jauh laa~)
nak usha lebih2 takut lak!
dia bkn saja comel malah akademiknya bagus~hmm
Beza kami terlalu jauh,bagaikan langit ngan bumi,,
aku budak2 lagi,sedgkan yer dah f5 tme tuh~
nak dijadikan cerita~kawan bek aku,tada merupakan adik angktnya,,
dengan bantuannya kami berkenalan~
agak2 lam bulan november kami berjumoe kat butik milik kwn bek aku,fahmi~
waktu tuu aku dah f4~dia lak dah masuk Universiti Malaysia Terengganu(UMT)~
(giler..cube bayangkan brape lame aku memendam perasaan~haha)
so sejak peristiwa tuu kami jadi makin rapat~intim wuu~~

2007 akhirnya,kami declare!
 bahagia tuu tuhan saja yg tau,setiap hari kami bergayut sampai tak ingat dunia,
aku mmg setia giler arr,mane taknya dia je yg aku tunggu selama nie~
tapi,,,

2008 pergolakan bermula
  "benar kata org jarak adalah penghalang hubungan"
tambah lagi ngan dia masih dalam pengajian ijazah 'akuakultur'nya 
dan aku dengan spm aku~
otak kami jadi tak betul~
jiwa aku pun kaco~
banyaklah godaan2 len dari laki2 yg syok kat aku
(entah dari mane datangnya mereka semua..heran tol)
aku mengharap tempat bermanja & tempt meluahkan perasaan tapi dia sibuk,
yg peliknya dalam sibuk tuu sempat lagi yer pegi jumpe adik angkat yer tapi jumpe aku tak nak~
(sesuatu yg pelik sedg berlaku)
  perkara nie akhirnya sampai kat telinga aku~
aku minta bantuan kawan2 tuk cari seorg budak bernama 'Baizura'(adik angkat dia)
bukan lawa pun~ :P
 "hatiku hancur, cemburu ku membuak2,& kami berpisah selepas itu~"
tapi bukan sebab tu jelah kami clash banyak sebab len~
dia kata "dia bukan pakwe yg bek untuk aku~"
biarlah kami jadi kawan saja~(sape nk kawan ngan yer?? ishh!) 
aku mmg sedey ngat sampai aku nangis depan umi aku~
(biaselah 1st love)

SPM exam fever kusut~
spm makin hampir~ahhh aku mesti fokus,mesti lawan keputusan spm dia dulu!!
& Alhamdulillah mmg result aku berganda baik dari dia....

cinta pertama aku bukan berakhir disini~
dia masih mencari aku,kdg2 aku yg cari yer..hehe
sudah 2 tahun kami tidak berjumpa
& aku berharap kami tidak akn berjumpa~
(tapi jauh di sudut aty nak jugak jumpe~)

2010~ kini....
sampai sekarang aku masih tak faham apa itu cinta~
yg pastinya sekarang aku lebih mencintai diriku sendiri~
agama ku,ibubapaku & masa depan ku~
& aku bersyukur aku tidak jatuh ke lembah kehinaan
cinta yg aku dambakan sekarang adalah cinta yg kekal abadi~
kali ini biar cinta mencariku~bukannya aku yg mencarinya~
insyaAllah~aku pasti akan menemukan insan yg sesuai untukku~


skrg aku just nak study sungguh2~
mase depanku masih jauh~~~~





Haram-Haramkah Aku
Bila Hatiku Jatuh Cinta
Tuhan Pegangi Hatiku
Biar aku Tak Jadi Melanggar
aku Cinta Pada Dirinya

Cinta Pada Pandang Pertama
Sifat Manusia Ada Padaku
aku Bukan Tuhan

Haram-Haramkah Aku
Bila aku Terus Menantinya
Biar Waktu Berakhir
Bumi dan Langit Berantakan

aku Tetap Ingin Dirinya
Tak Mungkin aku Berdusta
Hanya Tuhan Yang Bisa Jadikan
Yang Tak Mungkin Menjadi Mungkin
 
aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal
Di Mata Dunia Juga Akhirat
Biar aku Sepi aku Hampa aku Basi
Tuhan Sayang Aku
 
aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal
Dengan Dia Tentu Atas Ijinnya
Ketika Cinta Bertasbih
Tuhan Beri aku Cinta
ku Menanti Cinta
lagu : Haramkah
Melly Goeslow

Saturday, June 5, 2010

BeRwUdUk aTaS kAsUt...

cara-cara berwuduk atas kasut  :
  • ambil wuduk seperti biasa.
  • ketika dalam keadaan masih berwuduk,pakai kasut,sandal atau selipar bersama stoking
  • apabila wuduk telah batal dan kamu ingin memperbaharui wuduk,berwuduklah seperti biasa.
  • perbezaannya hanya pada kaki, iaitu kamu hanya perlu menyapu bahagian atas kasut dengan jari-jari atau tisu yang lembap
  • cara ke3 diatas boleh diulangi selama sehari semalam bagi orang yang bermukim dan tiga hari bagi orang yang bermusafir
  • jika telah tammat tempoh,ulangi dari langkah pertama di atas

DoAku.....

ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakan aku pada seseorang
yg melabuhkan cintanya padaMU,
agar bertambah kekuatan ku untuk menyintaiMU

ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorg yg hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

ya Rabbana jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu

ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
rindukanlah aku kepada seseorg yg merindui syahid di jalanMu

ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihmu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

ya Allah jika aku jatuh hati kepada kekasihmu,
jangan biarkan aku tertatih & terjatuh dalam perjalanan menyeru manusia kepadamu

ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihmu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
& rindu abadi hanya kepadaMu~
amin~~