Tuesday, October 9, 2012

sukarnya Istiqamah~

Dalam aku berusaha menjadi seorang muslimah
berbagai cabaran melanda..
pernah hatiku berputus asa..
pernah hatiku cuba sedaya upaya..
terkadang aku alpa..
terkadang aku mendengar bisikan syaitan
lalu aku kembali ke takuk yang lama..
kemudian timbul kesedaran dalam hati..
lalu aku kembali..

tapi kenapa..
sukarnya untukku istiqamah?
Istiqamah tu sangat payah..
Kadang-kadang aku malas
kadang-kadang menangguh,
terkadang masa tak mencukupi..
oohh istiqamah..
cukup mencabar keimanan..
ku turutkan kebodohanku,,
ku enggan,ku perlekehkan..
ku biarkan jiwa yang jahat memerintah..
dengan sifat lalai,sombong dan tidak peduli..
lalu aku hanyut dalam keindahan duniawi..

kenapa..
sukarnya untukku menjadi muslimah??

aku juga bertudung dan memakai pakaian menutup aurat..
tapi adakah hati aku juga terjaga??
Aku  mencemari hati serta fikiran ku 
dengan mendengar kata-kata syaitan..

bagaimana pula dengan tingkah laku dan percakapanku??
aku juga pernah menipu,mengata dan berburuk sangka..
aku juga terjebak dengan cinta manusia..
bagaimana pula dengan amal ibadatku??
pastinya tidak menentu,,ada turun naiknya~
benarlah kata orang..

”Iman itu kadang naik kadang turun, 
maka perbaharuilah iman kalian dengan la ilaha illallah.” 
(HR Ibn Hibban)


Astaghfirullahalazim betapa lemahnya iman aku!! 

istiqamah kelihatan mustahil bagiku!!..


tapi istiqamah itu bukannya mustahil..
kembalilah kepadaNya..
pelajari ilmu agama..
bacalah Al-Quran dan faham maknanya..
pelajari sifat-sifat Allah SWT..
pelajari sifat-sifat Rasulullah SAW..
renungkan tanda-tanda kebesaranNya ma’rifatullah..
ikhlaskan hati buat kebaikan..
jaga hati,jaga lidah, jaga anggota..

“Maka tetaplah (istiqamahlah) kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” 
(Surah Hud ayat 11) 


Ya Allah..
aku tahu diri ini banyak berbuat dosa..
terimalah taubatku ya Allah..

dalam penghijrahanku ini..
Istiqamahkan aku dalam ketaatan kepada-Mu 
dan tetapkan langkahku dalam memperjuangkan agama-Mu..

Semoga Allah SWT sentiasa menjaga dan melindungi kita dari jebakan syaitan dan godaan duniawi, sehingga kita selalu berada di jalan-Nya. 
Amin Ya Rabbal ‘Alamin..



buatmu sahabat...





Sunday, July 29, 2012

TaubaT ku~

Dulu..
aku adalah seorang remaja..
yang membesar tanpa mengenali dan menyintaiMu..
hanya mengalas nama seorang islam..
tanpa mengenali erti islam..

hari berganti hari..
bulan berganti bulan..
tahun berganti tahun..
aku hidup tanpa tujuan..
yang aku tahu..
aku perlu belajar untuk berjaya..
aku perlu masuk universiti terkemuka..
aku perlu bekerjaya!

setiap kejayaan dikecapi..
tidak pernah diriku diselubungi rasa bersyukur dengan nikmat kurniaan-Nya..
tidak pernah aku sujud syukur kepada-Nya...

kini aku mencecah usia dewasa..
ku rasakan jiwa ku kosong..
naluri ku membuak-buak..
jiwa ku tidak tenang..
masih ada yang belum ku selesaikan..
hari-hari ku lalui terasa cepat berlalu..
tetapi tiada pengisiannya..

aku mula memikirkan masa matiku..
aku mula mengingati masa silamku..
jika dulu aku jahil tentang Mu..
kini aku sedar..
hidupku hanya untuk-Mu..
sujudku ikhlas memohon keampunan Mu..

jika dulu aku bergelumang dengan maksiat..
kini aku sedaya upaya menghindarinya..
demi cintaku pada-Mu..
jika dulu sukar bagiku membaca kalam Mu..
kini itulah yang terbit dari bibirku..
itulah kalam yang ingin aku pelajari dan fahami maksudnya..
jika dulu aku memandang dunia dengan pandangan kemegahan..
kini aku tunduk mengenali kelemahan diri..
menyedari betapa kerdilnya aku disisiMu..

dengan linangan airmata,,
ku memohon taubat dari Mu,,
ya Allah..ampunilah segala dosa-dosaku..
 
Tiada Tuhan Melainkan Allah
 Muhammad Itu Pesuruh Allah..

ya Allah...
 
 Tunjukilah kami jalan yang lurus.  

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ 

"Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"
  
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ