aku sunyi...
sunyi sangat~
sesekali aku akan memandang ke arah telefon ku~~
diam aje,,takde mesej mahupun panggilan dari sesiapa..
dari teman-teman rapat mahupun dari keluarga..
aku mengeluh sendirian...
dahulu..
ada saja yang merinduiku,
ada saja yang menemani ku bergelak tawa siang dan malam..
ada saja yang sudi mendengar luahan hatiku..
tapi sekarang setelah aku melakukan perubahan dalam hidupku..
segala-galanya turut berubah..
hmm..kenapa dengan aku nie??
kenapa kenangan silam seolah-olah menerjah ke benak fikiranku??
kenapa aku terkenangkan kisah-kisah silamku??
aku harus kembali berpijak di bumi yang nyata..
kenangan tetap kenangan..
keluar dari fikiranku sekarang!!
aku lepaskan dunia percintaan demi masa depanku..
aku masih remaja..
sama seperti rakan-rakanku..
aku membenci couple tidak bermakna aku menbenci rakan-rakanku yang berkouple..
kamu tetap rakanku..
cuma aku tidak harap kamu melalui masa-masa yang sulit sepertiku..
bercinta memang indah..
tapi semua itu hanya sementara...
percayalah...
aku juga sepertimu..
aku juga mengharap menjadi muslimah sejati...
aku juga mengharap cinta insani..
yang akan menjadi yang halal bagiku..
tapi sekarang bukan masanya..
aku baru berusia 19 tahun..adakah aku masih lagi sempat hidup seratus tahun lagi..
untuk menikmati kebahagaian itu??
adakah aku sempat menghirup udara segar pada esok pagi?..
adakah aku masih mampu mendengar suara abah dan umi?..
aku sudah tidak punya banyak waktu lagi..
aku harus berubah, aku harus menjadi yang terbaik untuk diriku sendiri..
agama,keluarga dan orang-orang yang aku sayangi termasuk kamu,wahai temanku.....
kesunyianku hanya seketika..
kesunyian ku ini hanya cobaan dunia..
jangan sesekali iman ku goyah hanya kerana kesunyian yang sementara,,
jangan aku rebah hanya kerana cinta yang dusta..
ya Allah hanya padamu hamba memohon...
moga-moga kesunyian ini hanya sementara..
moga-moga kebahagian ku untuk selamanya,,,
amin..