Thursday, December 23, 2010

pengalaman Sya sepetang di jalanan

huhuhu..nie kisah dulu2 daa..tapi memang takkan dilupakan laa..time tuu sya baru form 1,
nak dijadikan cerita,suatu hari sya gaduh ngan kawan..sebab dia buli sya kat sekolah isk3x ade ke patut??..
tak patut..tak patut..
syok2 gaduh sya terlupe yg petang nie sya kena tumpang kereta dia balik rumah..masalah betul..so petang tuu sya kuar lewat dari kelas sebab ada hal..dan dia dah tinggal sya..sya rilek jer..check duit baki lam poket..hampeh duit tak cukup nak naik teksi..so sya call kaum kerabat kat rumah..nak call abah,abah tak pakai fon..call umi tapi umi duk jauh..abah balik kije malam..sya tak cukup duit nak call kakak kat rumah..
hmm akhirnya berlandaskan pemikiran pendek sya buat keputusan tuk berjalan balik..
hehe..berlagak cam besor sangat..sya pun berjalan lah balik sambil mengalas beg yang berat nie..nak tau tak jarak sekolah ke rumah sya mmg jauh...lam 10 km laa..tapi rasenya lebih lagi..
Peta perjalanan SYa pulang ke rumah...
 so sya jalan jelah..lam hati nie sya cuma niat nak sampai ke rumah sebelum hari gelap..sampailah kat cabang ke kampung sri nering lam 7km sya berjalan adelah makcik yang baik hati menghentikan keretanya dan menumpangkan sya pulang tapi makcik tuu hantar sampai kat sekolah menengah sri nering jer..sebab dia ade kije kat kawasan tuu..lam 1km lagi nak sampai ke rumah sya..sya amat berterima kasih kat makcik tuu..time lam kereta makcik tuu tanya macam2 kat sya..sya diam jer..sya takde duit nak ambik teksi dan sya malas nak pinjam duit ngan org..akhirnya sya sampai di rumah mase tuu daa dekat2 nak masuk maghrib.. sya terbaring jer depan muka pintu..jiran datang tanya sya balik ngan ape..sya diam jer..mase tuu sya tak tahan daa..air mata terus menitik..sya memang menangis sungguh2 arr time tuu..bukan sebab sya letih tapi sebab sya geram ngan hidup sya..
abah balik lewat..abah terkejut dengar sya berjalan kaki balik ke rumah..kawan yang tinggal sya tak tau sal hal nie..abah berjanji mulai hari esok abah akan hantar dan ambik sya...
keesokkan harinya..abah hantar sya..kawan sya tuu datang ke kelas sya tanya sya balik ngan ape..
sya gitau sya balik sendiri..last2 dia tau sya balik berjalan kaki..dia mintak maaf,,sya maafkan..takpelah bukan salah dia pun..kelas habis macam biase dan hati sya berbunga-bunga pabila melihat abah siap menunggu  sya di pintu pagar sekolah..hmmm Alhamdulillah selepas itu abah menyewa rumah berdekatan dengan sekolah sya jadi sya boleh berjalan kaki balik cuma dalam 10 minit..biaselah sya berlenggang sket..huhu..abah lak bolehlaa balik kije lewat sebab tak perlu ambil sya di sekolah..peristiwa nie mengajar sya tuk jadi lebih kuat..selagi kita tak sampai ke destinasi kita harus bertahan...bertahan dan terus bertahan,,,bila da sampai baru tak tahan..huhu..
pesanan sya buat pembace..jangan tiru aksi ini..bahaye..sya pun takkan berjalan jauh2 camtu lagi.. <3


kenangan bersama-sama teman rapat


my best fren <3

Saturday, November 20, 2010

Aku DipentAs duNiaWi...

sekarang usiaku sudah mencecah 19 tahun..
sepanjang tempoh usiaku..bnyak perkara yang telah aku alami dan saksikan...
sehingga pernah terdetik di hati kecilku..aku tidah mahu menjadi dewasa..kerana dunia dewasa begitu berbeza..begitu mencabar...namun ku gagahkan langkah ku dan berjalan meninggalkan zaman remaja yang amat menduga darah muda ku..kalau boleh aku tidak ingin menoleh kebelakang lagi..zaman remaja bagiku merupakan suatu zaman yang amat kritikal..zaman dimana kami mencari identiti diri,kami berani melakukan segalanya,kami meneroka segala persoalan diminda..dan di saat kritikal ini jika tersalah langkah binasalah masa depan kami...
Dipentas duniawi ini aku menyaksikan betapa besarnya kesan setiap keputusan yang kita buat terhadap mase depan kita sendiri...
kisah bermula....
pertama kali aku mula menjengah alam persekolahan menengah rendah..aku berkawan dengan anak-anak yang datang dari pelbagai latar belakang yg berbeza..salah seorang temanku berpindah ke sekolah di Kuala Lumpur dan tinggal dengan bapanya disana..selepas 4 tahun menyepi,dia muncul dihadapan pintu rumahku..
aku sudah tidak mengenalinya lagi..dia berbaju hitam,berambut perang,mata bercelak hitam..dia rupanya kawan baikku dulu...dia mempunyai masalah keluarga..kerana kasihan aku tumpangkan dia dirumahku..
sepanjang tempoh itu, pelbagai kisah diceritakan kepadaku..bagaimana kehidupan dia di KL..ditunjukkan kepadaku resit-resit bir,champange dan segala yang memabukkan..aku cuma terdiam..ternyata kawanku telah terpesong jauh..aku mula menjaganya di rumah,setiap kali dia ingin merokok,,aku benarkan tapi cuma 1 btg sehari..aku melihat dia bagaikan nak gila apabila tidak dapat menghisap rokok..aku sembunyikan perkara ini dari abah..aku tau abah pasti marah..suatu hari, ibunya datang ke rumah memujuk dia pulang..dia mengikut ibunya pulang..beberapa hari kemudian ibunya datang ke rumah meminta kami menumpangkan dia sementara kerana abang longnya ingin memukul dia...keesokannya dia nekad untuk lari mengikut kekasihnya ke pulau pinang..aku tidak mampu menghalang kerana dia memang nekad..aku lepaskan dia pergi dan berharap dia selamat walau dimana sahaja dia berada...hidupku kembali seperti biasa dan aku masih aku...cuma otakku agak sedikit berkembang dari dulu..sampai sekarang aku tidak pernah menemuinya lagi..tapi ada khabar angin yang sampai menyatakan dia sudah lama pulang ke Besut dan suatu hari dia ditangkap di sebuah bilik bersama dua lelaki di bawah pengaruh pil kuda..ada juga khabar angin menyatakan dia mengandung dan telah berkhawin dengan lelaki yang bersamanya...Wallahu'alam..
kisah kedua...berlaku selepas aku menduduki spm..rakan ku telah bekerja di sebuah restoran dan telah jatuh cinta dengan pekerja restoran tersebut..dek kerana terlaku ikutkan jiwa muda dia mengambil keputusan untuk berkhawin walau tanpa restu ayah dan ibu..sehari sebelum kejadian besar yang megubah hidupnya,,dia datang kerumahku dan meletakkan aku dalam dilema..apa yang harus aku lakukan sebagai seorang kawan aku patut berada di pihak yang mana..aku cuba menasihatinya namun tiada yang didengari..keesokkannya dia menghilangkan diri..kecoh..memang kecoh satu family..ibunya menangis..dia menghantar mesej kepadaku memohon maaf..dan menyatakan segalanya telah selesai dan mereka adalah suami isteri yg sah..aku hanya mendoakan semoga dia bahagia..selepas result keluar aku pergi kerumah ibunya untuk mengambil sijil2 dan dokumen yang perlu bagi memohon kemasukan ke IPTA tanpa pengetahuannya...selepas beberapa bulan dia kembali kepada keluarganya dan keluarganya menerima suaminya dengan hati terbuka..alhamdulillah..dan dia juga telah berjaya mendapat tempat untuk melanjutkan pelajarannya..aku tumpang gembira...
kisah ketiga...dia merupakan rakan ku sejak kecil..sifatnya bagai tomboi kerana dia hanya mempunyai abang..dia selalu buli aku..aku benci dia..tapi lame-lame aku sudah biasa dengan sifat kasarnya..dia sebenarnya berjiwa sensitif..dia tinggal dengan ibunya sejak ibubapnya berpisah..dan dia amat merindukan kasih seorang ayah..kerana itu dia pernah terjebak dengan cinta duniawi..bercinta dengan seorang guru lelaki yang sudah beristeri..hal ini akhirnya terbongkar dan ibunya mula memberi perhatian yang khusus kepadanya..
aku tidak pernah melihat ibu setabah ibunya..kemudian sekali lagi dia tersalah langkah dalam memilih kawan...dia mula bergaduh dan melepak bersama rakan-rakan yang dia anggap sejati..akhirnya dia menghilangkan diri bersama rakannya..sekali lagi rumah ku menjadi tempat perhimpunan ibubapa-ibubapa..
kes nya dia cuma mengikut kawannya keluar berjumpe pakwe kawan dia..kawan dia takut nak balik ke rumah dan dia pun temankan kawannya...beberapa hari kemudian mereka pulang ke pangkuan keluarga...
ibunya amat gembira,dan bersedia memaafkannya..begitu juga keluarga temannya..ibubapa mereka mula memberi perhatian yang lebih kepada anak-anak mereka..alhamdulillah..
kisah ke 4..berkisar teman kakakku yang juga terlanjur sehingga ke tahap menggugurkan kandungan..namun jodoh mereka kuat..dia berkhawin dengan lelaki yang dicintainya itu dan sampai sekarang mereka gagal mendapatkan anak..tapi hidupnya bahagia,,moga2 Allah memberikan mereka cahaya mata yang soleh solehah..
kalau nak ku ceritakan takkan berakhir kisah yang penah ku saksikan..kerana aku masih sedang berjalan dan terus berjalan..
aku juga tergelincir seketika semasa jatuh cinta,,nasib baik Allah masih menyanyangiku..aku juga tertanya-tanya mengapa terlalu banyak benda yang Allah tunjukkan kepada ku..rupa-rupanya ini lah jalan jalan kehidupan dan pilihan yang kita buat sepanjang perjalanan kita di pentas duniawi ini..
jika baik pilihan kita maka baiklah keputusannya..sesungguhnya kita tidak berhak menyalahkan mereka dan diri kita andai tersalah langkah..kerana manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan..dan manusia yang baik adalah manusia yang belajar daripada kesilapan yang lalu..jangan salahkan ibubapa yang tidak mendidik anak-anak dengan baik..jangan salahkan anak-anak yang berasal dari keluarga yang tidak sesempurna keluarga lain..kerana kita tetap sama-sama manusia..sama-sama hamba Allah yang Allah berikan peluang hidup dan tujuan utama kita ditempatkan di sini adalah untuk mencari keredhaanNya di pentas duniawi~

kEmbaLiKaN ku kepaDa yanG Asal....

aku sesat...aku buntu bila memikirkan soal hati yg sukar ku ungkapkan..soal hati yang tak penah selesai...
soal hati yang tiada penghujungnya...
tatkala insan-insan lain asyik diulik cinta..aku..aku masih tercari-cari cinta sejati yang ku fikirkan bakal membahagiakan ku..
siapa sebenarnya insan yang ku damba??
siapa?
adakah dia,,,senior yang aku admire sejak form1 atau lelaki2 lain? perasaannya tidak sama..
aku buntu..aku keliru..jujur daku nyatakan aku benci berada dalam situasi begini..
jujur ku jelaskan aku terasa amatlah sunyi..ya Tuhan kembalikan lah daku kepada yang asal..
kuatkanlaa hati dan jiwaku..hanya kepadaMu daku berserah..

Monday, August 30, 2010

mungkin betul cakap aBah....


pEsAn AbAH..
Abah selalu pesan ja jaga diri molek di tempat orang..
Abah cukup risau ja jauh dari abah..
ja janganlah percaya sangat kat org laki..
abah tau anak abah ni dah besar..
Abah tau anak abah nie tau jaga diri tapi hati abah tetap risau~~

PaNtAnG Tok NeNek AbAh...
Abah cukup marah lau aku bercinta di zaman sekolah..
bukan ape abah takut ganggu pelajaran..
abah cukup marah lau aku keluar rumah bukan ape takut benda yg tak diingini berlaku..
bila difikirkan sekali lagi..Abah mmg sygkan aku..cuma aku yg tak perasan..

                                                           mase dulu-dulu..

aku kecik lagi mase aku tinggal ngan abah..
Pagi2 abah akan kejutkan aku tuk bangun ke sekolah..abah panaskan air siapkan air lam baldi dan kdg2 abah tolong mandikan aku,goreng cengkodok bawang dan kemas rumah..
aku lak paling malas nak bangun pagi..siap pura2 sakit lagi..haha..tapi abah sabar..dia tetap kejutkan aku..Abah cakap aku kne pegi sekolah supaya aku jadi pandai..hmmm so lam keadaan pakse rela n tarik mucung sampai gak aku kat pintu gate sekolah..

aku tak ske pegi sekolah sebab aku tak ramai kawan..yelah aku ni pendiam sket..
pas kelas tamat aku balik naik bus..geram tauu selalu takde seat tuk aku..
budak2 len pun ske buli aku lam bus sebab aku nie pendiam..
dalam aty aku knapelah aku kne nek bus ek??
abah tak leh mai ambik ke??
hmmm...
sampailah kat umah,,kne jalan lagi sejauh 500m yelah umah aku tuu lam taman perumahan dan bus setakat berenti kat jalan besar,,nasib bek aku pakai beg gelek alaa yg ader roda tuh..
bile sampai kat umah,,aku bgi salam,,aku bukak pintu n trus terbongkang kat depan pintu..kepenatan laa katekan..abah cepat2 keluar dari dapur dan pujuk aku jangan tido kat tas lantai,,kotor,,Abah bukak kasut aku,angkat beg aku dan letak leklok..
pastu dia ajak pegi dapur makan,,abah dah masak dah..
lauk lunch dan dinner kami biasenya ayam goreng kering, dan sayur air..
kadang-kadang telur,ikan..terdetik kat hati aku..
hmmm Abah ja rindu masakan umi,,,abah diam jer,,tak kate ape..


bile tibe waktu malam aku dan abah mesti akan jadi burung hantu..sebab kami ske keluar kat taman permainan dan berbaring kat atas gelongsor besar..tengok bintang..kire bintang dan dengar citer abah zaman mude2 dulu..haha kelakar ngat..
abah selalu bercerita sampai aku tertidur kat atas gelongsor tuu..pastu abah akan dukung aku wat balik..
aku tidur sorg2 kat lam bilik yg besar..abah selalu buka pintu bilik aku tuk pastikan aku ok..sebab malam2 aku selalu mimpi ngeri sejak umi tak tidur sebelah aku lagi..abah akan pastikan takde nyamuk gigit..aku selalu terjaga tme abah sibuk duk berperang ngan nyamuk lam bilik aku..pagi esok sure penuh darah nyamuk kat dinding aku..

tanpa aku sedari tahun demi tahun berlalu..
aku dah makin besar dah..dah masuk sekolah menengah..aku mula ramai kawan..
rutin aku masih sama,abah masih kuat macam dulu..tapi dah pandai berleter cam seorang ibu..sekolah aku jauh sebab aku nak sangat belajar kat tempat budak2 bijak..
abah hantar ngan motor..coz kami takde kereta dulu..time ujan..bukan setakat basah tapi motor kami akan rosak dan aku akan berjalan kaki sambil mengikut abah menolak motonya..kadang2 rase nak mogok jugak ngan nasib aku..moto abah selalu kan rosak bile terkena air hujan..tapi abah jarang merengek..dia diam jer..


time aku cuti aku selalu ambil makanan kat umah umi dan nek moto pegi ke sawah tempat abah aku kije laa.."abah berentilah kejap~ja bawak bekal ni." ske aku tengok abah makan penuh selera...then aku akan balik umah tunggu abah balik kul7 malam..bile abah balik lumpur kat badan sampai ke rambut..kotor sangat..aku suh abah mandi dan kadang2 aku tolong gosok belakang abah..setiap hari macam tuu lah..bile pindah ke rumah baru,abah tak perlu hantar dan ambik aku lagi..aku berjalan kaki jew..jarak dalam 800m..tp kan kadg2 bile terserempak ngan abah kat tepi jalan aku stop je jalan..tahan tangan..huhu padahal tinggal beberapa langkah lagi nak sampai umah..aku tetap nak nek moto ngan abh..

ader satu peristiwa..waktu tuu aku kat umah umi..ujan lebat sangat..moto abah rosak..umi kol abah dan bagitau suami umi akan hantar ak..tapi abah tak benarkan..dia suh aku tunggu je dia datang ambik..
aku pun tunggu lah..aku duk kat jendela memandang keindahan sawah padi waktu hujan..terlihat kelibat lelaki ngan baju hujan berjalan dengan 2 kaki payung..
masyaAllah abah aku rupanya,,
abah berjalan dari rumah kami ke rumah umi agaknya lam 5km..bila sampai aku nak ikut abah balik,,tapi umi berkeras nak hantar sebab risau ujan lebat..
aku takkan nak biar abah aku berjalan balik sorg2..jdi aku kata "takpelah mie, ja nak balik berjalan ngan abah"...umi rehda jew..umi suh hati-hati..

lalu aku pun berjalanlah ngan abah..penatnya hanya tuhan yg tau,,hujan lebat lagi,,habis basah..aku berjalan kat belakang abah,,tme tuu abah bagitau aku..abah tak suke bergantung kat orang,,lau nanti abah tua dan tak de sapa nak jaga abah nak pegi duduk umah org2 tue,,ja lau ade mase datanglah jenguk abah..
ya Allah mase tuu aku punyelah feeling..aku duk menangis kat belakang abah..abah tak perasan..sebab abah jrg menoleh kebelakang bila berjalan..
dalam hati aku..aku berharap abah akan tetap ngan aku sampai hujung nyawa!
ja sayang abah sangat2~

sampai sekarang abah masih jaga aku dengan baik,,bile aku ske kat laki aku akan gitau abah..abah diam jer,,cuma abah pesan laki yang nak kat aku mesti orang yang terbaik untuk aku,,sebab abah dah jaga aku lame,,bukan mudah nak besarkan ank pompuan..tapi kan mmg aku tak nafi aku pun nak jugak ader pakwe,,tapi pasti ader yg tak kene bila aku melanggar nasihat dan peraturan abah..hidup aku takkan aman..selama mana nak sembunyi lau ade pakwe..sebab tuu aku rase tak boleh kouple walau aku sayang sangat kat org tuu,,sebab syg aku pade Abah berganda lagi banyaknya dan cintaku kepada Illahi mengatasi segalanya..kerana jika aku bukan Anak Abah pasti aku tidak berpeluang mengagumi insan yg aku panggil Abah...abah lah buah hatiku..tidak lupa juga kepada umi..umi juga buah hatiku..kadang2 tuhan dah buat percaturan yang terbaik tuk kita..cuma kita tidak menyedarinya..
hargailah mereka sebelum terlambat..

Thursday, August 26, 2010

terase kehilangan...

sy bukan penipu walaupun org menipu kita..
sy tidak bijak berkata2 sedangkan dia sebaliknya..
sy cube setia walaupun dia sudah tiada..
sememangnya kita berbeza..

perbezaan kita buat kita serasi~
sy takut berjanji takut tak dipenuhi~
sy takut bercinta takut terluka hati~
sy cintakan dia dan juga Illahi~

keserasian kita buat kita lebih menghargai..
bila awk ada disisi sy tidak peduli..
bila awk pergi sy tercari-cari..
merindui awk setiap hari..
awk lah penyeri diri..

untuk menghargai perlukan kesabaran yang tinggi,,
bila sy sedih harap awk disisi..
bila sy gembira harap awk ketawa sekali lagi..
bila sy marah harap awk sejukkan hati..
bila sy bosan harap awk hiburkan diri...

kesabaran lahir bila saling memahami~
sy ske jeles sebab awk rapat ngan org lain~
sy ske mrajuk sebab harap awk pujuk~
sy ske ketawa sebab awk selalu menceriakan sy~
tanpa awk sedari..
awk berharap dia memahami..
sebelum awk memahami dia..
awk berharap dia kembali setelah dia pergi..

kenapa bru sekrg awk menyedarinya??
tanpa sy sedari..
sy begitu pentingkan diri..
patutlar dia tidak kembali..
pencarian sy berhenti disini~~

baru sekarang awk sedari..
ianya belum terlambat lagi..
ubah dan baikilah diri..
semoga mendapat cinta hakiki

Thursday, August 19, 2010

cinta vs suke

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.
________________________________________

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

hakikatnya cinta kepada Allah s.w.t..

adalah lebih hakiki dan abadi..

cinta yang suci dan sejati..