Friday, October 7, 2011

tahuKah KITA??

disebalik senyumanmu ada tangisan yang dipendamkan..
walau pun kamu mendiamkan diri..
ianya jelas..
dan aku tau..
ya Allah berikanlah kekuatan kepada hambamu ini..
agar dia mampu terus melangkah walau sesukar mana..
agar dia terus berjuang meneruskan hidup..
sesungguhnya aku begitu menyintainya..
dialah Abah yang telah membesarkan ku..

 Abah umpama lilin yang membakar diri..
berkorban mencari rezeki..
siang dan malam..
tapi pernahkah kita sebagai anak memikirkan penat lelahnya?
yang kita tahu..

''abah nak duit..nak beli itu..dan ini.."
"abah tol0ng belikan sy itu dan ini..."

bila Abah cakap takde duit..
"abah nie saje je buat alasan la"
"abah memang tak nak bagi duit la"
"kedekutlah abah ni.."
"abah pilih kasih laa"

tahukah kita perasaannya??
jauh di sudut hatinya, dia mahu memberikan yang terbaik untuk kita..
tahukah kita betapa malunya Abah pada dirinya sendiri kerana tidak mampu memenuhi kehendak kita?

mari..mari..
kita selami kehidupannya..

di siang hari..tahukah kita..
Abah berpanas terik di bawah kehangatan mentari..
menyemai benih-benih, mengharap pokok kan tumbuh dan berbuahkan hasil..
untuk ape??
untuk menyara kita..

 brapakah nilai sayuran ini??
dipasar cuma seikat seringgit..dua ringgit..
kadang-kadang cuma disedekahkan kepada jiran..
tapi tahukah kita keringat dan penat lelah Abah kita yang bertungkus lumus menanamnya??
masih kita dengan angkuhnya.. berkata..
"Abah dah laa menanamnya..bukan bleh hasil pun.."
tahukah kita..betapa bergetar jiwa nya saat mendengar ucapan itu..tapi dia masih mampu tersenyum..
mengapa?
kerana dia sayangkan kita..inginkan yang terbaik buat anak-anaknya..

tahukah kita..saat kita lena dibuai mimpi..
apakah yang Abah sedang buat??
berjaga di waktu malam..demi menambah sumber pendapatan..
sedangkan orang memandang pekerjaan itu suatu yang remeh..
                         tapi itulah sumber yang halal yang menjadi darah daging kita sekarang..
sedangkan kita lena diatas tilam empuk..
Abah pula sedang duduk bercahayakan lilin dan ditemani nyamuk-nyamuk..
sedangkan sewaktu kita kecil..kita takut dan menangis pabila elektrik terputus..
dan kita tidak akan lena dengan nyamuk yang banyak..
tapi bagaimana Abah kita boleh bertahan??
bertahan demi menyara anak-anaknya..

namun kita masih mampu berkata..
"Abah tuu dah tua..patutnya rehat jelah kat rumah..duit pencen kan ada.."
tahukah kita..betapa hancur berkecai hatinya mendengar ucapan itu..
tapi Abah tetap diam..berusaha untuk tersenyum..
sekarang tahukah kita..
Abah kita sudah berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk kita..
jadi mengapa tidak kita membalasnya..
usia kita sudah matang..kita bukan lagi dalam tanggungan nya..
sebaliknya kitalah yang patut menangungnya..
ya..kita faham..
ada yang perlu menanggung keluarga..
ada yang perlu menamatkan pelajaran..
ada yang hidup susah..
tapi itu semua ketentuan Allah..ujian daripadaNya..
kita semua hamba Allah..Abah kita juga hamba Allah..
tapi dah jadi tanggungjawab kita menjaganya..sayang padanya..hargainya..
bantulah sekadar yang kita mampu..
hulurkan lah sekadar yang kita ada..
setialah berada disampingnya..
sebab dulu dia tidak pernah mengabaikan kita..
ingatlah kita juga akan menjengah usia tua..
saat itu..barulah kita sedar perasaannya..
saat itu barulah kita tertanya-tanya..
saat itu barulah kita menyesalinya..
saat itu pelbagai andaian menjengah minda..
andai Abah masih ada..
andai kita sempat menjaganya..
andai kita mampu memberikannya..
ternyata andaian itu sudah tidak berguna...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Abah..ampunkan segala salah dan silap kami..
kami amat menyayangimu..

Abah kita masih ada sekarang kan..
jadi fikirlah sejenak..
fikirkan apakah tanggungjawab kita sebagai anak-anaknya..
adakah kita masih sempat menatapnya esok dan dikemudian hari??
adakah kita sempat memohon ampun daripadanya pada esok dan kemudian hari??
hanya Allah yang tahu..
jadi..tentukanlah sendiri jalan yang harus kamu pilih..
sesungguhnya hati manusia sukakan pada kemewahan...tapi kita belum ada rezeki kemewahan harta..
tapi kita ada kemewahan kasih sayang yang Abah kita berikan..
kitalah harapan Abah..bukan untuk memberi kemewahan kepadanya tapi untuk melihat kita berjaya dalam hidup dan menjadi kebanggaan nya..
itulah kemewahan jiwa~
yang dapat menghilangkan segala keperitan hidup Abah selama membesarkan kita..
tidak sesaat pun dia berkira..jika dihitung pengorbanannya sejak kita kecil sehingga sekarang..
dengan ape harus kita membalasnya?
renung-renungkan lah wahai anak-anak Abah.. 
bagi yang sudah tiada..perbanyakkanlah membaca surah Yassin dan berdoa untuk kesejahteraan mereka disana..kerana kalau bukan kita siapa lagi yang akan melakukannya..

semoga Allah panjangkan usia Abah ibu kita serta dipermudahkan rezeki serta segala urusannya... 
amin..









Sunday, August 7, 2011

Tolong SampAikaN kePaDa si Dia...

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
                                                                
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

sAya Harap AwAk Faham

Adam, Mengertilah..

Adam,mengertilah...
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..

Adam,mengertilah...
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make up, perhiasan...
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini..

Adam,mengertilah...
Hawa ini berjiwa lembut...
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...
Hawa tau permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...
namun, Hawa lemah...
Hawa takut zina hati...

Adam,mengertilah...
setiap kali 'sms' diterima..
Hawa keliru...
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas...
Hawa reply juga...
mengenangkan Adam adalah sahabat....

Adam,mengertilah...
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..

Adam,mengertilah...
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...

Adam,mengertilah..
.

Hawa punya keluarga yang perlu dihormati dan dibalas budi
Hawa tak mahu mereka kecewa dengan pilihan Hawa,
Hawa mahu mereka turut bahagia dengan diri Adam,
Jika Adam percaya dengan ayt al-quran bahawa lelaki
Baik hnya untuk perempuan yang baik begitu juga sebaliknya Adam mesti sabar…


Adam mengertilah….,

Jika Hawa selalu menyambut panggilan telefon dari Adam
Bkn bererti Hawa nak bg Adam dgr aurat Hawa yg sangat bernilai…,
Tp HAwa Cuma xsampai hati nk biarkan hp Hawa
Berdering berulang-ulang kali dan msti Adam rasa Hawa dah xnk kwn dgn adam..

Adam mengertilah…..,

Sesungguhnya Adam dan Hawa memang memerlukan
Tp ia akan jd pelengkap kehidupan apabila lafaz akad disahkan,disitu bermulalah hidup sepasang kekasih pilihan Tuhan bkn atas dasar Syaitan,,
Hawa mahu Adam mengerti walaupun Hawa lemah tp Hawa mampu mengegar dunia…
Hormatilah Hawa jika mahu hubungan yang diberkati Tuhan…

Monday, February 21, 2011

Bile KiTA DikUasAi NAfSu...

Nafsu ni adalah 1 elemen perasaan manusia yang suka kepada sesuatu perkara samada perkara itu baik atau sebaliknya. Nafsu nie mmg sejak azali lagilah dok ada lam diri kita.. 
pompuan lak memang sentiasa dikaitkan dengan nafsu yang lebih tinggi dari lelaki..bukan salah kami kaum wanita dijadikan begini..dah memang ditakdirkan Allah kami mempunyai 9 nafsu..kaum lelaki jangan rase hebat lak mentang2 kami nie bernafsu..
berbalik soal nafsu yang sukar dikawal nie..sy juga mengalaminya..jujur sy nyatakan amat sukar menepis segala godaan-godaan dunia..contohnya bile datang jer balak hensem mengenyit mata,sy pulak yang tergamam..haduuss~
contoh lain lak..bila tibe jer bab shopping..mulalah sy rambang mata..semua benda rase nak beli..
tuu belum masuk bab nafsu makan lagi..sy akan makan semua benda selagi makanan tu halal..
bila direnungkan balik..kita banyak mengalah dengan nafsu sendiri..kita biarkan nafsu mengawal diri kita,perbuatan kita dan pemikiran kita..
jadi seeloknya kita mulai sedar,
kenapa kita masih mahu dikawal oleh nafsu??
mengapa tidak kita yang mengawalnya..
jadi sy telah membuat sedikit kajian..(chewahh kajian lar sangat..)
sedikit info yang sy dapat dari internet..cara2 mengawal nafsu kita..
  • perlu banyakkan ibadat..membaca Al-Quran dan memahami isinya bagi meningkatkan iman di dada
  • mendengar ceramah..part nie yang tak leh bla..sebab time ceramah laa org ske tidur..
  • berpuasa..sambil2 dapat mnegawal nafsu dapat jugak kuruskan badan..haa kan elok tuu
  • buat senarai barang time nak pergi shopping..(hmm biasenya kurg berkesan pada sy..)
  • untuk mengawal nafsu marah baik diam kan diri..ambil wuduk dan berzikir..moga2 cepat sejuk..
  • elak dari melihat perkara2 yang leh menaikkan nafsu..tapi tuu yang syok nya kan.. :) so same2 lah kita hindarinya yer..
  • bagi yang bercinta elak kuar berdating berduaan..huhuhu..faham2 lah sape yang ke3 tuu..
  • lau single lagi bagus dari couple...so pilih lah..priority anda..
  • lau tak leh tahan sangat nafsu tuu..di wajibkan kahwin..senang tak yah nak kawal2 emosi lagi~
Dalam ceramah agama yang pernah sy hadiri..ustaz tu bagitau ade 3 perkara yang perlu disegerakan..
pertama solat..kedua Khawin bagi anak perempuan yang dah ready..dan ketiga Jenazah..so sekarang dah tau ape yang perlu disegerakan baik kita segerakan..tapi sya bukan kategori anak perempuan yang ready lagi..huhu..

nie sy sertakan sedikit info berkenaan jenis2 nafsu..
 
Nafsu yang buruk :
Nasfu Amarah
* adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.
* mereka adalah dari golongan yang bermaksiat di mata dan di hatinya.
* mereka adalah golongan ahli neraka.

Nafsu Lawamah

* adalah nafsu yang menyadari apabila melakukan suatu kemungkaran.
* golongan ini beramal tetapi masih ada riya, hasut, dengki dan sebagainya.
* nafsu mereka tetap dilakukan walau mereka tahu itu salah.
* mereka adalah golongan ahli neraka.

Nafsu Marhamah

* adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat tercela.
* walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.
* mereka adalah golongan ahli neraka.

Kemudian nafsu-nafsu yang baik adalah :

Nafsu Mutmainah

* adalah nafsu yang lemah lembut.
* mereka mendapat ketenangan dan menghilangkan gelisah di jiwa.
* mereka adalah orang yang sholeh.
* golongan ini adalah dijamin surga.

Nafsu Raudiah

* adalah nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk mencintai Allah sepenuhnya..
* mereka bergaul dengan orang banyak tetapi hatinya semata-mata hanya kepada Allah.
* mereka bisa juga disebut sebagai Wali Allah.

Nafsu Kamaliah

* adalah nafsu yang sempurna, nafsu yang hanya dimiliki oleh para Nabi dan Rasul.

Nafsu Mardiah

* adalah nafsu yang terbaik dan yang paling dicintai Allah. Nafsu ini adalah nafsu yang paling di ridhai Allah. adalah nafsu yang terbaik dan yang paling dicintai Allah. Nafsu ini adalah nafsu yang paling di ridhai Allah. Keridhaan tersebut terlihat pada anugrah yang diberikan-Nya berupa senantiasa berdzikir, ikhlas, mempunyai karomah, dan memperoleh kemuliaan, sementara kemuliaan yang diberikan Allah SWT itu bersifat universal, artinya jika Allah memuliakannya, siapa pun tidak akan bisa menghinakannya, demikian pula sebaliknya orang yang dihinakan oleh Allah SWT, siapa pun tidak bisa memuliakannya.

Thursday, December 23, 2010

pengalaman Sya sepetang di jalanan

huhuhu..nie kisah dulu2 daa..tapi memang takkan dilupakan laa..time tuu sya baru form 1,
nak dijadikan cerita,suatu hari sya gaduh ngan kawan..sebab dia buli sya kat sekolah isk3x ade ke patut??..
tak patut..tak patut..
syok2 gaduh sya terlupe yg petang nie sya kena tumpang kereta dia balik rumah..masalah betul..so petang tuu sya kuar lewat dari kelas sebab ada hal..dan dia dah tinggal sya..sya rilek jer..check duit baki lam poket..hampeh duit tak cukup nak naik teksi..so sya call kaum kerabat kat rumah..nak call abah,abah tak pakai fon..call umi tapi umi duk jauh..abah balik kije malam..sya tak cukup duit nak call kakak kat rumah..
hmm akhirnya berlandaskan pemikiran pendek sya buat keputusan tuk berjalan balik..
hehe..berlagak cam besor sangat..sya pun berjalan lah balik sambil mengalas beg yang berat nie..nak tau tak jarak sekolah ke rumah sya mmg jauh...lam 10 km laa..tapi rasenya lebih lagi..
Peta perjalanan SYa pulang ke rumah...
 so sya jalan jelah..lam hati nie sya cuma niat nak sampai ke rumah sebelum hari gelap..sampailah kat cabang ke kampung sri nering lam 7km sya berjalan adelah makcik yang baik hati menghentikan keretanya dan menumpangkan sya pulang tapi makcik tuu hantar sampai kat sekolah menengah sri nering jer..sebab dia ade kije kat kawasan tuu..lam 1km lagi nak sampai ke rumah sya..sya amat berterima kasih kat makcik tuu..time lam kereta makcik tuu tanya macam2 kat sya..sya diam jer..sya takde duit nak ambik teksi dan sya malas nak pinjam duit ngan org..akhirnya sya sampai di rumah mase tuu daa dekat2 nak masuk maghrib.. sya terbaring jer depan muka pintu..jiran datang tanya sya balik ngan ape..sya diam jer..mase tuu sya tak tahan daa..air mata terus menitik..sya memang menangis sungguh2 arr time tuu..bukan sebab sya letih tapi sebab sya geram ngan hidup sya..
abah balik lewat..abah terkejut dengar sya berjalan kaki balik ke rumah..kawan yang tinggal sya tak tau sal hal nie..abah berjanji mulai hari esok abah akan hantar dan ambik sya...
keesokkan harinya..abah hantar sya..kawan sya tuu datang ke kelas sya tanya sya balik ngan ape..
sya gitau sya balik sendiri..last2 dia tau sya balik berjalan kaki..dia mintak maaf,,sya maafkan..takpelah bukan salah dia pun..kelas habis macam biase dan hati sya berbunga-bunga pabila melihat abah siap menunggu  sya di pintu pagar sekolah..hmmm Alhamdulillah selepas itu abah menyewa rumah berdekatan dengan sekolah sya jadi sya boleh berjalan kaki balik cuma dalam 10 minit..biaselah sya berlenggang sket..huhu..abah lak bolehlaa balik kije lewat sebab tak perlu ambil sya di sekolah..peristiwa nie mengajar sya tuk jadi lebih kuat..selagi kita tak sampai ke destinasi kita harus bertahan...bertahan dan terus bertahan,,,bila da sampai baru tak tahan..huhu..
pesanan sya buat pembace..jangan tiru aksi ini..bahaye..sya pun takkan berjalan jauh2 camtu lagi.. <3


kenangan bersama-sama teman rapat


my best fren <3

Saturday, November 20, 2010

Aku DipentAs duNiaWi...

sekarang usiaku sudah mencecah 19 tahun..
sepanjang tempoh usiaku..bnyak perkara yang telah aku alami dan saksikan...
sehingga pernah terdetik di hati kecilku..aku tidah mahu menjadi dewasa..kerana dunia dewasa begitu berbeza..begitu mencabar...namun ku gagahkan langkah ku dan berjalan meninggalkan zaman remaja yang amat menduga darah muda ku..kalau boleh aku tidak ingin menoleh kebelakang lagi..zaman remaja bagiku merupakan suatu zaman yang amat kritikal..zaman dimana kami mencari identiti diri,kami berani melakukan segalanya,kami meneroka segala persoalan diminda..dan di saat kritikal ini jika tersalah langkah binasalah masa depan kami...
Dipentas duniawi ini aku menyaksikan betapa besarnya kesan setiap keputusan yang kita buat terhadap mase depan kita sendiri...
kisah bermula....
pertama kali aku mula menjengah alam persekolahan menengah rendah..aku berkawan dengan anak-anak yang datang dari pelbagai latar belakang yg berbeza..salah seorang temanku berpindah ke sekolah di Kuala Lumpur dan tinggal dengan bapanya disana..selepas 4 tahun menyepi,dia muncul dihadapan pintu rumahku..
aku sudah tidak mengenalinya lagi..dia berbaju hitam,berambut perang,mata bercelak hitam..dia rupanya kawan baikku dulu...dia mempunyai masalah keluarga..kerana kasihan aku tumpangkan dia dirumahku..
sepanjang tempoh itu, pelbagai kisah diceritakan kepadaku..bagaimana kehidupan dia di KL..ditunjukkan kepadaku resit-resit bir,champange dan segala yang memabukkan..aku cuma terdiam..ternyata kawanku telah terpesong jauh..aku mula menjaganya di rumah,setiap kali dia ingin merokok,,aku benarkan tapi cuma 1 btg sehari..aku melihat dia bagaikan nak gila apabila tidak dapat menghisap rokok..aku sembunyikan perkara ini dari abah..aku tau abah pasti marah..suatu hari, ibunya datang ke rumah memujuk dia pulang..dia mengikut ibunya pulang..beberapa hari kemudian ibunya datang ke rumah meminta kami menumpangkan dia sementara kerana abang longnya ingin memukul dia...keesokannya dia nekad untuk lari mengikut kekasihnya ke pulau pinang..aku tidak mampu menghalang kerana dia memang nekad..aku lepaskan dia pergi dan berharap dia selamat walau dimana sahaja dia berada...hidupku kembali seperti biasa dan aku masih aku...cuma otakku agak sedikit berkembang dari dulu..sampai sekarang aku tidak pernah menemuinya lagi..tapi ada khabar angin yang sampai menyatakan dia sudah lama pulang ke Besut dan suatu hari dia ditangkap di sebuah bilik bersama dua lelaki di bawah pengaruh pil kuda..ada juga khabar angin menyatakan dia mengandung dan telah berkhawin dengan lelaki yang bersamanya...Wallahu'alam..
kisah kedua...berlaku selepas aku menduduki spm..rakan ku telah bekerja di sebuah restoran dan telah jatuh cinta dengan pekerja restoran tersebut..dek kerana terlaku ikutkan jiwa muda dia mengambil keputusan untuk berkhawin walau tanpa restu ayah dan ibu..sehari sebelum kejadian besar yang megubah hidupnya,,dia datang kerumahku dan meletakkan aku dalam dilema..apa yang harus aku lakukan sebagai seorang kawan aku patut berada di pihak yang mana..aku cuba menasihatinya namun tiada yang didengari..keesokkannya dia menghilangkan diri..kecoh..memang kecoh satu family..ibunya menangis..dia menghantar mesej kepadaku memohon maaf..dan menyatakan segalanya telah selesai dan mereka adalah suami isteri yg sah..aku hanya mendoakan semoga dia bahagia..selepas result keluar aku pergi kerumah ibunya untuk mengambil sijil2 dan dokumen yang perlu bagi memohon kemasukan ke IPTA tanpa pengetahuannya...selepas beberapa bulan dia kembali kepada keluarganya dan keluarganya menerima suaminya dengan hati terbuka..alhamdulillah..dan dia juga telah berjaya mendapat tempat untuk melanjutkan pelajarannya..aku tumpang gembira...
kisah ketiga...dia merupakan rakan ku sejak kecil..sifatnya bagai tomboi kerana dia hanya mempunyai abang..dia selalu buli aku..aku benci dia..tapi lame-lame aku sudah biasa dengan sifat kasarnya..dia sebenarnya berjiwa sensitif..dia tinggal dengan ibunya sejak ibubapnya berpisah..dan dia amat merindukan kasih seorang ayah..kerana itu dia pernah terjebak dengan cinta duniawi..bercinta dengan seorang guru lelaki yang sudah beristeri..hal ini akhirnya terbongkar dan ibunya mula memberi perhatian yang khusus kepadanya..
aku tidak pernah melihat ibu setabah ibunya..kemudian sekali lagi dia tersalah langkah dalam memilih kawan...dia mula bergaduh dan melepak bersama rakan-rakan yang dia anggap sejati..akhirnya dia menghilangkan diri bersama rakannya..sekali lagi rumah ku menjadi tempat perhimpunan ibubapa-ibubapa..
kes nya dia cuma mengikut kawannya keluar berjumpe pakwe kawan dia..kawan dia takut nak balik ke rumah dan dia pun temankan kawannya...beberapa hari kemudian mereka pulang ke pangkuan keluarga...
ibunya amat gembira,dan bersedia memaafkannya..begitu juga keluarga temannya..ibubapa mereka mula memberi perhatian yang lebih kepada anak-anak mereka..alhamdulillah..
kisah ke 4..berkisar teman kakakku yang juga terlanjur sehingga ke tahap menggugurkan kandungan..namun jodoh mereka kuat..dia berkhawin dengan lelaki yang dicintainya itu dan sampai sekarang mereka gagal mendapatkan anak..tapi hidupnya bahagia,,moga2 Allah memberikan mereka cahaya mata yang soleh solehah..
kalau nak ku ceritakan takkan berakhir kisah yang penah ku saksikan..kerana aku masih sedang berjalan dan terus berjalan..
aku juga tergelincir seketika semasa jatuh cinta,,nasib baik Allah masih menyanyangiku..aku juga tertanya-tanya mengapa terlalu banyak benda yang Allah tunjukkan kepada ku..rupa-rupanya ini lah jalan jalan kehidupan dan pilihan yang kita buat sepanjang perjalanan kita di pentas duniawi ini..
jika baik pilihan kita maka baiklah keputusannya..sesungguhnya kita tidak berhak menyalahkan mereka dan diri kita andai tersalah langkah..kerana manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan..dan manusia yang baik adalah manusia yang belajar daripada kesilapan yang lalu..jangan salahkan ibubapa yang tidak mendidik anak-anak dengan baik..jangan salahkan anak-anak yang berasal dari keluarga yang tidak sesempurna keluarga lain..kerana kita tetap sama-sama manusia..sama-sama hamba Allah yang Allah berikan peluang hidup dan tujuan utama kita ditempatkan di sini adalah untuk mencari keredhaanNya di pentas duniawi~

kEmbaLiKaN ku kepaDa yanG Asal....

aku sesat...aku buntu bila memikirkan soal hati yg sukar ku ungkapkan..soal hati yang tak penah selesai...
soal hati yang tiada penghujungnya...
tatkala insan-insan lain asyik diulik cinta..aku..aku masih tercari-cari cinta sejati yang ku fikirkan bakal membahagiakan ku..
siapa sebenarnya insan yang ku damba??
siapa?
adakah dia,,,senior yang aku admire sejak form1 atau lelaki2 lain? perasaannya tidak sama..
aku buntu..aku keliru..jujur daku nyatakan aku benci berada dalam situasi begini..
jujur ku jelaskan aku terasa amatlah sunyi..ya Tuhan kembalikan lah daku kepada yang asal..
kuatkanlaa hati dan jiwaku..hanya kepadaMu daku berserah..